Ahad, 30 November 2014

PEMANTAUAN " SURAU IMARAH" PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 11 NOVEMBER 2014


Pemantauan  Surau Imarah Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 11 Nov 2014  oleh  Tuan Mohd Sayuti  Bin  Omar , Ketua Unit Dakwah , Sektor Pengurusan Dakwah  dan Kepimpinan  Bahagian Pendiidikan Islam , Kementerian Pelajaran Malaysia dan Tuan  Al Huzaee bin  Sulaiman.
Diiringi oleh Tuan Haji Mohd Suhaimi b Ismail, Penolong Pengarah Kepimpinan , Sektor Pengurusan Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pelajaran Malaysia bersama Tuan Ahmad Rusli Bin Haji Abdul Ghani, Penolong Pengarah  Pembangunan Syiar Islam dan Budaya , Sektor Pengurusan Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pendidikan Perak.

Ahad, 2 November 2014

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH ( 31 OKT 2014 )

Penceramah ustaz Rosfaizi B Hasan

Mendengar dan melihat tayanagn Slaid
Pelajar Muslimat mendengar ceramah 
Sambutan Maal Hijrah peringkat sek telah diadakan di surau Al falah pada hari Jumaat bersamaan 7 Muharram 1436 Hijrah. Sasaran pelajar ialah dari  tahun 1 hingga tahun 6. Adalah diharapkan pelajar memahami dan mengingat peristiwa  Hijrah Rasulullah  saw.


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH TAHUN 6 (29 Okt 2014 )

Pelajar sedang mendengar penerangan penceramah tentang bahan -bahan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah
Penyediaan bahan Kafan Jenazah
Kaedah memandikan Jenazah

Kaedah mengkafan jenazah

Solat jenazah

SYABAS PELAJAR TAHUN ^6

Kursus jenazah ini dianjurkan oleh Panita Pendidikan Islam & Jqaf sebagai aktiviti tahunan kepada pelajar tahun 6 sebagai Program Lepas UPSR. Penceramah jemputan adalah dari pendakwah bebas Ustaz Abd Fatah.  Adalah diharapkan Kursus ini membuka minda pelajar tentang kepentingan pengurusan Jenazah, cara -cara menguruskan jenazah serta memberi kesedaran pelajar tentang kematian yang pasti pada setiap manusia. 

Khamis, 30 Oktober 2014

BANGUNAN & FIZIKAL SURAU AL-FALAH

Pandangan hadapan Surau Al-Falah
Taman Nilam di tepi surau
Bahagian sisi surau



Pintu Utama Surau
         
       

Ahad, 26 Oktober 2014

Lambaian Kaabah (Pelajar tahun 6) 13 Oktober / 18 Zulhijjah 1436 H

Simulasi berdoa di Hijir Ismail
Simulasi berada di Makam Ibrahim
Penerangan ceramah oleh Ustazah Ani Hayati
Pelajar membaca penerangan  tentang Haji
Pelajar membaca maklumat tentang Haji
SimulasiHajaral Aswad

Lambai Kaabah satu aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Aidil Adha peringkat sek.Sasaran aktiviti adalah kepada pelajar tahun 6. Pelajar diberi penerangan oleh Ustazah Ani Hayati (guru cemerlang P. Islam) bermula dari sejarah nabi Ibrahim dan nabi Ismail, permulaan Ibadah qurban,  sejarah nabi Ismail dan ibu Hajar, pembukaan Mekah dan kaitannya dengan ibadah Haji.
Adalah diharapkan  aktiviti ini membuka minda pelajar untuk mengetahui ibadah haji dan kewajibannya kepada umat Islam.

Selasa, 14 Oktober 2014

Isnin, 13 Oktober 2014

SUMBANGAN LUAR SURAU AL-FALAH (KUTIPAN DANA PALESTINE) 13 OKTOBER 2014




Ceramah mengenai Palestine disampaikan oleh Ustaz Alias, Pengurusi NGO AQSA AS-SYARIF daerah hilir perak . Kutipan dana Palestine juga dilancarkan dan dapat disumbangkan kepada Ustaz Alias sebagai wakil  NGO(Pengerusi Aqsa Syarif) pada 13 Oktober 2014.

Adalah diharapkan ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tahun 6 mengenai penderitaan umat Islam Palestine dan isu -isu berkaitan Palestin seterusnya umat Islam dewasa ini.

Rabu, 8 Oktober 2014

GOTONG ROYONG PELAJAR ASRAMA TAHUN 5

       Aktiviti gotong royong ini diadakan untuk menambah keceriaan surau dari segi lanskap. Pelajar ini ditugaskan secara berkumpulan untuk menanam dan mengantung bunga "Pukul 10", pada setiap batang kayu yang disediakan.
       Aktiviti ini diketuai oleh Guru  Cemerlang Matematik , Cikgu Mahadi Kamil  b Mokhtar pada 26. 9.2014 ..Terima Kasih cikgu atas kerjasama yang diberikan

TAZKIRAH TAHUN 6 SEBELUM UPSR (30 SEPT & 9 OKT)

        Tazkirah tahun 6 diadakan sebagai motivasi diri kepada pelajar untuk menaikkan semangat pelajar yang terpaksa mengulang peperiksaan UPSR .
         Tazkirah ini disampaikan oleh guru Cemerlang Pendidikan Islam , Ustazah Ani Hayati Bt Hussin dan dibantu oleh guru tahun 6.
         Adalah diharapkan pelajar tahun 6 dapat menanam semangat terus cemerlang dalam diri dan tidak mudah berputus asa dengan dugaan yang terpaksa mengulang peperiksaan .

Bacaan Yassin kali kedua sempena UPSR (30 Sept & 9 Okt)

Bacaan Yassin tahun 6 dijalan setiap pagi antara jam 7.30 - 8.00 sebelum UPSR bermula . Diketuai oleh Ustaz Soleh Fuat dan dibantu oleh pelajar yang dilantik.Adalah diharapkan bacaan Yasiin ini meringankan kesusahan pelajar dan melapangkan dada mereka menempuh dugaan mengulang periksa UPSR.

AKTIVITI USRAH TAHUN 6

         Aktiviti Usrah tahun Enam dijalankan setiap minggu pada hari Isnin antara pukul 1.05 hingga 1.30 sebelum solat Zohor berjemaah dijalankan. Naqib dan Naqib adalah terdiri dari guru-guru tahun 6 serta guru Pendidikan Islam.
        Adalah diharapkan aktiviti usrah ini dapat membimbing pelajar dan menyelami masalah pelajar tahun Enam yang sedang berada diambang peralihan ke alam remaja.
        Dengan ini pelajar tahun Enam dipastikan mempunyai bimbingan kerohanian yang mantap sebelum memasuki alam persekolahan menengah.

Sabtu, 6 September 2014

AKTIVITI GOTONG ROYONG SURAU AL-FALAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Ustazah Naziah , guru J-QAF mengemaskini papan maklumat















Cikgu Mahadi Mokhtar , guru Cemerlang Matematik menyiapkan lanskap surau Al -Falah
Kerja membuat Inovasi Sempua surau Al-Falah dimulakan oleh Ustaz Solih dibantu pekerja dan guru lain.


















Inovasi Sempua hampir Siap...terima kasih cikgu Mahadi (guru Matematik dan cikgu Nazrin guru Pra serta guru lain yang terlibat.














 Unit beruniform Puteri Islam bergotong royong membersihkan kawasn surau Al-Falah






























Mural dibantu oleh Pembantu Pra sekalah dan pelajar


 


Ustazah NorShahadah sedang melukis Mural Tandas










Wakil dari Ibu dan Bapa sedang menulis perkataan di dinding tandas