SEJARAH PENUBUHAN SURAU ALFALAH

Surau Sekolah Kebangsaan Simpang Empat dibina serentak dengan  pembinaan bangunan sekolah dan bangunan asrama iaitu pada awal tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2001.

Bangunan surau termasuk dalam kawasan blok asrama dan  diletakkan di bawah pentadbiran Asrama Sekaseh. Ia dibina bagi memberi kemudahan kepada semua murid Islam  khususnya murid-murid yang tinggal di asrama  menunaikan solat-solat fardhu dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Nama Al-Falah yang memberi maksud kejayaan diambil sebagai simbolik kepada kejayaan yang akan dicapai oleh murid  melalui program mengimarahkan surau.

Penglibatan murid dalam aktiviti keagamaan yang dianjurkan di surau akan menjadi pemangkin kepada pencapaian kejayaan di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan