Khamis, 30 Oktober 2014

BANGUNAN & FIZIKAL SURAU AL-FALAH

Pandangan hadapan Surau Al-Falah
Taman Nilam di tepi surau
Bahagian sisi surau



Pintu Utama Surau
         
       

Ahad, 26 Oktober 2014

Lambaian Kaabah (Pelajar tahun 6) 13 Oktober / 18 Zulhijjah 1436 H

Simulasi berdoa di Hijir Ismail
Simulasi berada di Makam Ibrahim
Penerangan ceramah oleh Ustazah Ani Hayati
Pelajar membaca penerangan  tentang Haji
Pelajar membaca maklumat tentang Haji
SimulasiHajaral Aswad

Lambai Kaabah satu aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Aidil Adha peringkat sek.Sasaran aktiviti adalah kepada pelajar tahun 6. Pelajar diberi penerangan oleh Ustazah Ani Hayati (guru cemerlang P. Islam) bermula dari sejarah nabi Ibrahim dan nabi Ismail, permulaan Ibadah qurban,  sejarah nabi Ismail dan ibu Hajar, pembukaan Mekah dan kaitannya dengan ibadah Haji.
Adalah diharapkan  aktiviti ini membuka minda pelajar untuk mengetahui ibadah haji dan kewajibannya kepada umat Islam.

Selasa, 14 Oktober 2014

Isnin, 13 Oktober 2014

SUMBANGAN LUAR SURAU AL-FALAH (KUTIPAN DANA PALESTINE) 13 OKTOBER 2014




Ceramah mengenai Palestine disampaikan oleh Ustaz Alias, Pengurusi NGO AQSA AS-SYARIF daerah hilir perak . Kutipan dana Palestine juga dilancarkan dan dapat disumbangkan kepada Ustaz Alias sebagai wakil  NGO(Pengerusi Aqsa Syarif) pada 13 Oktober 2014.

Adalah diharapkan ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tahun 6 mengenai penderitaan umat Islam Palestine dan isu -isu berkaitan Palestin seterusnya umat Islam dewasa ini.

Rabu, 8 Oktober 2014

GOTONG ROYONG PELAJAR ASRAMA TAHUN 5

       Aktiviti gotong royong ini diadakan untuk menambah keceriaan surau dari segi lanskap. Pelajar ini ditugaskan secara berkumpulan untuk menanam dan mengantung bunga "Pukul 10", pada setiap batang kayu yang disediakan.
       Aktiviti ini diketuai oleh Guru  Cemerlang Matematik , Cikgu Mahadi Kamil  b Mokhtar pada 26. 9.2014 ..Terima Kasih cikgu atas kerjasama yang diberikan

TAZKIRAH TAHUN 6 SEBELUM UPSR (30 SEPT & 9 OKT)

        Tazkirah tahun 6 diadakan sebagai motivasi diri kepada pelajar untuk menaikkan semangat pelajar yang terpaksa mengulang peperiksaan UPSR .
         Tazkirah ini disampaikan oleh guru Cemerlang Pendidikan Islam , Ustazah Ani Hayati Bt Hussin dan dibantu oleh guru tahun 6.
         Adalah diharapkan pelajar tahun 6 dapat menanam semangat terus cemerlang dalam diri dan tidak mudah berputus asa dengan dugaan yang terpaksa mengulang peperiksaan .

Bacaan Yassin kali kedua sempena UPSR (30 Sept & 9 Okt)

Bacaan Yassin tahun 6 dijalan setiap pagi antara jam 7.30 - 8.00 sebelum UPSR bermula . Diketuai oleh Ustaz Soleh Fuat dan dibantu oleh pelajar yang dilantik.Adalah diharapkan bacaan Yasiin ini meringankan kesusahan pelajar dan melapangkan dada mereka menempuh dugaan mengulang periksa UPSR.

AKTIVITI USRAH TAHUN 6

         Aktiviti Usrah tahun Enam dijalankan setiap minggu pada hari Isnin antara pukul 1.05 hingga 1.30 sebelum solat Zohor berjemaah dijalankan. Naqib dan Naqib adalah terdiri dari guru-guru tahun 6 serta guru Pendidikan Islam.
        Adalah diharapkan aktiviti usrah ini dapat membimbing pelajar dan menyelami masalah pelajar tahun Enam yang sedang berada diambang peralihan ke alam remaja.
        Dengan ini pelajar tahun Enam dipastikan mempunyai bimbingan kerohanian yang mantap sebelum memasuki alam persekolahan menengah.